Assalamualaikum semua.. Hari ini Yana nak kongsi satu ilmu yang biasa sahaja tapi ianya agak penting dan mungkin bermanfaat buat korang yang membaca.
Apa yang Yana nak kongsi ini berkenaan dengan "Micellar Water". Apa yang kita perlu tahu berkenan produk ini? Apa fungsinya?. So apa tunggu lagi.
Jom baca👇
Micellar Water terdiri daripada molekul minyak berbentuk bebola kecil yang dipanggil "Micelles" yang disatukan ke dalam air yang bersifat lembut.
Secara ringkasnya:
▪️Micellar (berasal daripada perkata Micelles)
= minyak
▪️Water = Air
Micellar Water berfungsi dengan cara berikut:
▪️Micelles menarik kekotoran yang berasaskan minyak seperti mekap, minyak (sebum) berlebihan yang dihasilkan oleh kelenjar minyak
▪️Air pula melarutkan kekotoran yang boleh larut dengan air iaitu peluh, debu dan kekotoran ringan yang lain pada permukaan kulit wajah
Disebabkan sifat Micellar Water ini lembut, melembapkan dan menyegarkan kulit, maka ianya amat sesuai dan amat digalakkan untuk dipakai pada kulit yang sensitif, kulit yang kering dan kulit wajah yang mudah berjerawat.
Malah Micellar Water boleh digunakan sebagai pencuci muka, menanggalkan mekap yang nipis dan pelembap.
Namun Micellar Water bukanlah produk yang sempurna. Bagi wanita yang mengamalkan rutin mekap yang tebal seperti menggunakan foundation, maskara dan lipstik, membersihkan mekap terlebih dahulu dengan makeup remover adalah satu kemestian! Jangan hanya bergantung kepada Micellar Water.
Untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak pula, penggunaan Micellar Water lebih digalakkan untuk diikuti dengan produk pencuci muka (cleanser) seperti biasa.
Adakah korang salah seorang pengguna Micellar Water? Jika ya, apakah jemana Micellar Water korang?
Adakah korang salah seorang pengguna Micellar Water? Jika ya, apakah jemana Micellar Water korang?
NOTA: Sejarah kewujudan dan penggunaan Micellar Water adalah daripada Perancis.
Jadi korang dah faham ke belum berkenaan dengan Micellar Water ni. Harap korang faham lah ya. Moga ianya bermanfaat untuk korang.
No comments:
Post a Comment