Thursday, 28 December 2017

Apa perbezaan Sunblock dan Sunscreen.

Assalamualaikum semua.. Korang sebok ke? Mesti korang tengah duduk santai-santaikan sambil makan kuaci.Hihihi kalau tak korang tak sempat ushaa Yana punya blog ni.

Sebenarnya hari ni Yana nak kongsi dengan korang bertapa pentingnya untuk korang pakai Sunblock atau Sunscreen.. Sebelum ini Yana bukannya nak ambil kesah pasal pemakaian Sunblock atau Sunscreen ni. Keluar rumah pun main redah saja dengan muka naked. Mana nak amil peduli. Tapi selepas banyak membaca berkenaan dengan dunia kecantikan ni, barulah tahu bertapa pentingnya untuk pakai.

Ni Sunscreen yang Yana pakai.. memang best. Ianya jenama dari Korea


Ok, mesti korang tertanya-tanya apa beza Sunblock dengan Sunscreen kan? So tanpa membuang masa Yana nak terangkan apa perbezaan keduanya.

Sunblock atau Sunscreen kedua-duanya merupakan pelindung cahaya matahari yang mampu melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran matahari, cumanya ia mungkin berbeza dari kandungan masing-masing.  

Sunblock lebih berfungsi sebagai tembok yang menghalang atau memantulkan sinar ultraviolet. Sunblock memiliki kandungan mineral seperti zinc oxide atau titanium dioxide sebagai bahan utamanya. Ia amat sesuai di gunakan pada kulit yang sensitif, kerana secara fiziknya sunblock ini mampu menghalang sinar UVB.


Manakala Sunscreen pula berfungsi untuk meresap hingga ke lapisan dermis. Sehingga mampu menangkis sinaran UVA, yang mana sinaran UVA ni mempunyai kesan yang lebih kuat untuk merosakkan kulit. Sunscreen mengandungi bahan kimia seperti avobenzone dan oxybenzone. Ia tidak sesuai bagi mereka yang memiliki kulit sensiti.

Apa pula perbezaan sinar UVA,UVB dan UVC ini?

1. Sinar UVA : adalah radiasi matahari yang panjang gelombangnya 320-400nm. Tidak menyebabkan kemerahan dan sakit.  UVA, boleh menyebabkan kerosakan kulit kekal sehingga boleh menyebabkan kerosakan DNA yang dapat menyebabkan kancer kulit dan juga menyebabkan kulit jadi lebih gelap. Sinaran UVA adalah penyebab utama kepada kesan penuaan seperti garis halus,kedut dan jeragat. Sinat UVA boleh menembusi kaca tingkap.

2. Sinar UVB: adalah radiasi matahari yang penjang gelombangnya 290-320nm lebih. Boleh menyebabkan "sunburn" kemerahan dan juga sakit. Sinaran UVB ini boleh terhalang oleh kaca tingkap.

3. Sinar UVC: adalah radiasi 280-100nm penghasil ozone di lapisan ozone, dapat membasmi microorganisma dengan cara menghancurkan nuclear acid dalam DNA-nya. Sinar UVC lebih dulu terserap ozon sebelum mampu memanaskan bumi.

Nampak tak bertapa bahayanya sinar UV. Ok korang dah tahukan apa bezanya Sunblock dan Sunscreen. Tapi macam mana nak pilih SPF pulak? Apa beza SPF 15, SPF 25, SPF 30, SPF 50 dan seterusnya.

Untuk pengetahuan korang, setiap warna kulit ada jangka masa tertentu yang membolehkan berapa lama kulit kita boleh terdedah dengan cahaya matahari tanpa menggunakan sunblock atau Sunscreen.

Kulit cerah=10 minit
Kulit sawo matang= 15 minit
Kulit gelap=20 minit

Ok kat atas tu jangka masa kulit kita bertahan dengan cahaya matahari tanpa perlindungan ok!. So apa kaitan pulak pemilihan SPF? 

Baiklah Yana jelaskan ya. Macam mana kita nak tahu berapa lama SPF pada Sunblock atau Sunscreen tu akan protec kulit kita.

Kiraan dia begini.

Contoh: Kalau kita amik SPF 30 dan Kulit kita jenis cerah.

= 10 x 30
= 300 minit (5 jam SPF 30 akan lindungi kulit kita)

Faham tak? Tak faham jugak? It ok Yana akan akan bagi contoh lagi.

Contoh: SPF 25 dan kulit kita jenis gelap.

= 20 x 25
= 500 minit (8 jam 35 minit SPF 25 akan lindungi kulit kita)

Senangkan nak kira. So ini bermaksud kalau kulit kita jenis gelap SPF 15 dah memadai begitu juga sebalik nya. Jadi pemilihan SPF mengikut warna kulit kita sangat penting.. 

So selesai sudah kekeliruan yang berlaku kat kepala otak hangpa.hihihi Thank sebab sudi baca naa. Love you




Wednesday, 27 December 2017

Adakah perlu menggunakan Micellar Water

Assalamualaikum semua.. Hari ini Yana nak kongsi satu ilmu yang biasa sahaja tapi ianya agak penting dan mungkin bermanfaat buat korang yang membaca.

Apa yang Yana nak kongsi ini berkenaan dengan "Micellar Water". Apa yang kita perlu tahu berkenan produk ini? Apa fungsinya?. So apa tunggu lagi. 

Jom baca👇

Micellar Water terdiri daripada molekul minyak berbentuk bebola kecil yang dipanggil "Micelles" yang disatukan ke dalam air yang bersifat lembut.

Secara ringkasnya:
▪️Micellar (berasal daripada perkata Micelles)
 = minyak
▪️Water = Air

Micellar Water berfungsi dengan cara berikut:
▪️Micelles menarik kekotoran yang berasaskan minyak seperti mekap, minyak (sebum) berlebihan yang dihasilkan oleh kelenjar minyak
▪️Air pula melarutkan kekotoran yang boleh larut dengan air iaitu peluh, debu dan kekotoran ringan yang lain pada permukaan kulit wajah

Disebabkan sifat Micellar Water ini lembut, melembapkan dan menyegarkan kulit, maka ianya amat sesuai dan amat digalakkan untuk dipakai pada kulit yang sensitif, kulit yang kering dan kulit wajah yang mudah berjerawat.

Malah Micellar Water boleh digunakan sebagai pencuci muka, menanggalkan mekap yang nipis dan pelembap.

Namun Micellar Water bukanlah produk yang sempurna. Bagi wanita yang mengamalkan rutin mekap yang tebal seperti menggunakan foundation, maskara dan lipstik, membersihkan mekap terlebih dahulu dengan makeup remover adalah satu kemestian! Jangan hanya bergantung kepada Micellar Water.

Untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak pula, penggunaan Micellar Water lebih digalakkan untuk diikuti dengan produk pencuci muka (cleanser) seperti biasa.

Adakah korang salah seorang pengguna Micellar Water? Jika ya, apakah jemana Micellar Water korang?

NOTA: Sejarah kewujudan dan penggunaan Micellar Water adalah daripada Perancis.

Jadi korang dah faham ke belum berkenaan dengan Micellar Water ni. Harap korang faham lah ya. Moga ianya bermanfaat untuk korang.

Tuesday, 26 December 2017

Cara untuk sembukan sakit lutut

Assalamualaikum guys!!

Hari ni Yana nak promot sikit berkenaan satu produk yang super power rangers u allz. Memeng best.Produk ni kat pasaran belum ada lagi. Produk ni produk baru.

Nak tahu apa produknya?
AlliVio Magic Oil
Tadaaa! Ni lah produk yang Yana sebut dari tadi. Minyak ni serious berkesan tau👍. Sebab apa Yana cakap macam tu sebab Yana pun guna and all my family. Minyak ni dilalukan dengan ayat syifah dan ayat penyembuh lagi. Memang TipTop lah👌

Kat bawah ni Yana pamerkan kebaikan minyak ni ya...

AlliVio Magic Oil
-100% Herba Asli

Antara kebaikan minyak ini ialah:
-dapat melegakan sakit sendi
-saraf lenguh
-sakit lutut
-sakit tengkuk
-migraine
-tengang urat
-gaut
-bengkak kaki/sakit kaki
-batuk kahak
-selsema
-sesak nafas
-susah tidur
-kembung perut
-rambut gugur
-susah buang air besar
-stress
-sakit telinga
-resdung
-gangguan
-melicinkan&melembutkan kulit/tapak kaki

Haaa banyakkan kebaikan dia. Seriously Yana tak tipu korang. Produk ni 100% herba asli tanpa barang terlarang, tanpa mentos(yang membuatkan minyak ni berangin) 
Kanak-kanak and baby pon boleh pakai, tak dahal punya.

Jom tengok testimoni dia pulak:



Korang berminat dan nak tahu lebih lanjut? Jangan tunggu lama-lama ya Whatapps Yana padu-padu 01110866485 ya😍