Friday, 19 May 2017

Tips untuk makeup tak bercapuk and tahan lebih lama

Assalamualaikum, peace upon you.


Hye korang petang-petang macam ni bestnya kalau makan biskut kering cicah teh'o panas,peh cawww lah.



So entry Yana petang ni bukan pasal teh'o atau biskut kering. Tapi topik kita adalah berkaitan makeup. Siapa yang antara pembaca ni yang tak suka makeup boleh lah cepat-cepat tukar channel lain, sebab Yana nak bagi tips ni pada orang yang betul-betul nak belajar.



Okey dalam 4 hari lepas iaitu pada hari guru, Yana ada dapat tempahan makeup untuk cikgu-cikgu. Haaa dahsyat tak dahsyat cikgu-cikgu sekolah ni siap panggil makeup artist u all. Mana tak panggilnya, Tema Hari Guru dekat sekolah tu adalah Wedding. Memang cun melecun lah cikgu hari tu. And ramai cikgu tanya "macam mana makeup yang Yana buat  boleh tahan lama je. Saya tengok makeup orang lain dah berlumuh".



Ni lah cikgu-cikgu yang Yana makeup


Okey so sebab ramai yang tanya Yana akan bagi tips untuk makeup korang tahan lebih lama dan
tak bercapuk. So korang tak payah nak touch up bagai lagi.


1. BERSIHKAN MUKA








So bila kulit muka bersih dan tiada kotoran yang melekat pada kulit muka, maka tiada  minyak yang berlebihan. Ini memudahkan makeup korang melekat dan smooth. Maka dengan itu jangan malas nak cuci muka okey sebelum makeup. Kalau korang guna makeup harga beratus ringgit pun tapi tak cuci muka dulu sebelum apply makeup tak ada gunanya.



2. TONER & MOISTURIZER





Toner and moisturizer korang wajib pakai supaya pori-pori korang tertutup and sentiasa lembap. Tapi kalau kulit jenis berminyak tu jangan lah pakai banyak sangat nanti makin berminyak pulak kulit korang.



3. SETTING SPRAY AND PRIMER


Primer

Setting Spray


Okey korang tahu apa itu setting spray and primer. Setting spray and primer ni kegunaannya untuk membuat makeup korang tahan lebih lama. Terlalu banyak Setting Spray and Primer yang ada kat pasaran, korang boleh pilih apa-apa saja jenama. Sebab fungsinya tetap sama. 



Tapi Yana tak pakai primer. Yana just pakai setting spray sahaja. Bagi Yana setting spray sudah memadai. Tapi itu bergantung pada diri korang masing-masing. Yana akan spray, setting spray ni lepas pelanggan pakai moisturizer. Tapi kalau pelanggan Yana tak ada moisturizer pun tak apa, sebab setting spray Yana ni juga boleh dijadikan sebagai moisturizer.



4. ARGAN OIL

Yup Yana akan guna argan oil dan campurkan dengan foundation. Sebab diakan buat foundation tahan lebih lama and tak akan bercapuk. Yana memang pakai argan oil Sephia by Janna Nick sebab harga yang berpatutan and sangat wangi..


So Yana harap tips yang Yana bagi ni sangat berguna untuk korang. 

GUARDIAN Aloe Vera Gel Review

Assalamulaikum to all readers



Okey today Yana nak kongsi dengan korang satu produk ni yang super awesome. Siapa yang tak kenal aloe vera kan? terdapat 1001 kebaikan aloe vera ni pada muka, badan and rambut. Kat luar sana terlalu banyak jenama produk aloe vera. Tapi Yana nak go true pada satu jenema ni iaitu Guardian Aloe Vera Gel.



Sebenarnya produk ni dah lama benor keluar. Tapi tulah Yana baru perasan. Nampak sangat tak perihatin Yana ni kan. Hihihi. But itu tak jadi masalah, sebab hari ini yana nak cerita juga. Yana nak share juga produk yang Yana guna dalam beberapa bulan yang lalu.



Guardian Aloe Vera Gel 250ml


First impression Yana masa jumpa aloe vera ni, "betul ke harga dia ni". Yelah sebab apa yana cakap macam tu. Because harga dia yang murah dan sangat berbaloi dengan saiz dia. Tapi biasa lah manusia mesti ada terdetik dalam hati tu "bagus ke produk ni, harga murah mesti yang tak bagus" tapi Yana beli juga sebab nak try lah juga. Dia ada 2 saiz, Yana ambil yang 250 ml sebab lebih besar dan harga lebih berbaloi. Tapi ada saiz 100 ml yang kecik dan senang bawak kalau korang jenis yang suka travel.

➧ 100 ml - RM5.90
➧ 250 ml - RM8.50
No Colour and pretty cool


YES YES and YES, Yana sangat suka dengan aloe vera ni sebab dia sangat cepat serap and tak sticky langsung lepas pakai. Memang korang akan selesa pakai aloe vera ni tau.



Sejak beli aloe vera gel ni, tak sah kalau Yana tak apply kat muka as a mask tau, sebab rasa nyaman je and sejuk.. Lagi satu sebab bagusnya pakai as a mask dia boleh rehatkan kulit korang yang dah redah kehidupan seharian tu.



Gel ni, FREE from ALCOHOL, COLOURANT and FRAGRANCE. Yang memang sesuai dengan semua jenis kulit. Bukan setakat untuk kulit kering je tau. Tapi kalau korang yang jenis kulit berminyak and sensitive macam Yana pun sangat sesuai kalau nak buat as moisturizer. Sebelum korang pakai makeup tu boleh lah apply kat kulit korang. 



And lagi satu kalau antara korang ni ada masalah jerawat tu kan boleh jadikan aloe vera gel as a mask korang. InshaAllah jerawat korang akan berkurang. Yana suggest, sebab Yana pun buat and Alhamdulilah JERAWAT Yana makin kurang. Walaupun dia murah, tapi sangat berkesan macam produk harga yang lebih mahal.



Wednesday, 17 May 2017

It Will Come

Assalamualaikum to all readers



First entry for 2017..


Ya Allah rasa lama sangat tak menulis menaip kat blog ni. First of all, Yana baru buat blog yang baru ni for bisnes sebenarnya, tapi bosan jugak kalau asik nak cerita about bisnes all time kan. So sebelum tu apa yang Yana. 


Okey macam-macam Yana jual, tapi dekat blog ni Yana nak ke tengah bakat Yana yang tak seberapa hebat macam MUA dekat luar sana.


So Yana berdoa semoga dimurahkan rezeki Amin.




Tapi my journy baru je bermula so nak jadi macam Manny Mua jauh lagi kot, bukan setakat Manny Mua tapi makeup artist kat Malaysia ni pun rasanya tak boleh berdiri dalam satu barisan lagi rasanya.





Tapi tak mustahilkan Yana boleh become macam makeup artist yang hebat-hebat tu. InshaAllah ONE DAY it will come.